Lagi berita Persiapan di Sukan SEA 2007 – Laporan seperti di Berita Harian Online

Mitag jejas latihan skuad pelayar

TIUPAN angin yang semakin kurang berikutan ribut taufan Mitag sejak minggu lalu di Filipina nyata memberi kesan terhadap atlit perahu layar skuad Sukan Sea negara apabila perlu berehat seketika daripada mengemudi layar mereka sejak empat hari lalu.Sebelum ini, angin yang tidak menentu arah sedikit menyukarkan barisan pelayar muda negara dengan angin kadangkala kuat dan tiada angin langsung berhampiran kawasan pertandingan di Ocean Marina Club, Pattaya City.

Keadaan sama turut dirasai atlit negara lain apabila mereka mengambil 'rehat' bagi menunggu kehadiran semula angin bagi meneruskan latihan sebelum kejohanan sebenar acara itu membuka tirai pada 8 Disember nanti.

Justeru, laporan internet menjadi sumber paling tepat bagi mengagak perubahan arah angin bagi membolehkan perancangan diatur sebaik mungkin untuk terus mengadakan latihan terbaik.

“Sejak datang ke sini, kami akan melayari internet untuk melihat pergerakan angin pada setiap hari kerana ia amat mustahak bagi sukan ini.

“Cuma hari ini keadaan agak baik kerana kami sudah mendapat angin sekitar 8-10 knot,” kata pengurus pasukan, Malik Sulaiman. 

Leave a Reply