The following news as it appears in Berita Harian, 11 January 2008:
Quantum Racing terus kukuhkan cengkaman
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
JUARA bertahan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR), Quantum Racing memastikan kejuaraan kelas Racing bagi edisi keenam ini menjadi milik selepas memenangi perlumbaan ketujuh, semalam.Pasukan pimpinan Ray Roberts itu mencatat satu jam 18.02 minit untuk memenangi perlumbaan ketujuh, dan berjaya memastikan kemenangan walaupun hanya mendapat tempat kedua pada perlumbaan keenam dengan catatan 1:34.36s.Pasukan dari Australia itu kini berada di tangga teratas kedudukan keseluruhan dengan himpunan 9 mata penalti dan andai mendapat tempat kesembilan pada perlumbaan hari ini sekali pun, ia tidak akan menggugat kedudukan mereka selaku pasukan di tangga teratas.Pencabar terdekat Quantum Racing, Jelik dari Hong Kong hanya mampu berada di tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 13 mata selepas mencatat 1:37.30s dan 1:22.42s pada perlumbaan keenam dan ketujuh, semalam.
Sementara itu, dua wakil negara, Navy Janda Baik dan Zuhal hanya menduduki tempat keenam dan ketujuh dengan 40 dan 41 mata selepas saingan hari keempat semalam.
Navy Janda Baik berjaya mencatat 1:38.43s dan 1:29.37 pada perlumbaan keenam dan ketujuh, sementara Zuhal pula hanya mampu mencatat 1:45.10s dan 1:30.59.
Bagi kapten Zuhal, Lt Komander Malik Sulaiman, pasukannya berdepan dengan kesukaran melalui laluan pendek seluas satu batu nautika, kerana saiz bot mereka yang besar.
Perlumbaan hari ini (semalam) memang amat taktikal, laluan amat sempit dan kami terpaksa melakukan beberapa perubahan taktikal. Kedua-dua perlumbaan kami hari ini tidak begitu baik.
Tiupan angin hanya sekitar 3-7 knot, dan ia sememangnya sukar bagi kami yang menggunakan bot besar. Apapun, kami akan berusaha mengakhiri saingan esok (hari ini) dengan catatan lebih baik dan sudah pasti kami mengharapkan tiupan angin yang lebih baik, kata Malik.
Dalam kategori kelas IRC, satu lagi wakil negara, Matahari mengakhiri saingan perlumbaan keenam dan ketujuh semalam dengan 12 mata dan kini berada di tangga kedua, mengekori rapat pendahulu, Phoenix dengan 11 mata.
Pasukan pimpinan Vincent Chan itu mencatat 1:04.01s dan 54.23s pada perlumbaan keenam dan ketujuh semalam.
KEPUTUSAN(Kedudukan keseluruhan selepas hari keempat)Kelas Racing1 Quantum Racing (Australia)9 mata penalti
2 Jelik (Hong Kong) 13
3 Hi-Fi (Hong Kong) 19
4 Full Metal Jacket (New Zealand) 19
5 Yo!2 (Australia) 23
Kelas IRC
1 Phoneix (Jepun) 11
2 Mata Hari (Malaysia) 12
3 LunchCutter II (Singapura) 12
4 Baby Tonga (Malaysia) 23
5 Tag (Malaysia) 32
Filed under: Regatta Appearance | Tagged: RLIR 2008




