Langkawi Regatta Is Concluding for A Good Delivery on Its Final Day

Reported by The Star Online, dated 13 January 2008:

The Star Online >


Malaysian yachtsmen capable of the taking on the big boys

LANGKAWI: The just concluded sixth Royal Langkawi International Regatta (RLIR) witnessed the coming of age of Malaysian sailors in the racing class categories. 

Although the local sailors are more comfortable competing in the smaller dinghy, optimist and sports boat events, the ability to take on the big boys in the racing classes has begun to take root. 

Despite their modest preparation, the Royal Malaysian Navy entrants Zuhal and Navy Janda Baik managed several top-five finishes over the five-day Racing Class competition. They were sixth and seventh respectively in the nine-boat overall standings. 

Joyful: Quantum Racing skipper Ray Roberts (sixth left) and crew lifting the Prime Minister’s Challenge Trophy on Friday

But it was the performance of the all-local Mata Hari crew in the IRC class that made heads turn. 

Skippered and funded by Vincent Chan, the Mata Hari crew, made up of seven men and two women who are all former national sailors, were in the hunt for the IRC overall title till the very end of the final race. 

Although they faltered at the crucial moment to settle for third spot, their courageous display could herald the start of a new dawn for keelboat racing among Malaysians. 

Among the Mata Hari crew were 2002 Busan Asian Games medallists Andrew Yeow and Looi Sing Yew. 

Said Vincent: “I am surprised with Mata Hari’s good performance. My crew only took up keelboat racing seriously about three years ago, and we cherish the experience of competing against the top yachts. 

“But Malaysian teams are at a disadvantage because of the lack of competitive practice in the country. Right now, there are only two regattas (Royal Langkawi and Raja Muda Selangor), and both events are held between November and January. It leaves the local racing yachts idle for the rest of the year. 

“Thailand host four regattas a year, and local competitors would benefit if another regatta is held in the middle of the year, preferably in the East Coast.” 

Apart from the two local regattas, Malaysia also hosted the Monsoon Cup challenge in Kuala Terengganu, contested in a one-on-one race match format and featured mostly foreign participations. 

The Miri Yacht Club in Sarawak also hold an annual regatta, but its location failed to attract entries. 

Zuhal skipper Lt Commander Malik Sulaiman agrees that Malaysian racing yachts could make a bigger impact if they are exposed to more competitions. 

“Malaysian teams are still inexperienced in the racing categories. Teams like (RLIR overall champions from Australia) Quantum Racing compete in about 20 regattas a year, while we only take part in two. The best way to improve is by competing more often against world-class opponents. 

“It costs a lot of money to manage a crew and transport the yacht to an overseas tournament. Even competing in a local regatta costs a team about RM15,000. We plan to compete in regional regattas, but we need the approval of the Malaysian Navy’s Sports Club who fund our expenses,” said Malik. 

On the organisation side, the RLIR organisers’ decision to bring forward the annual competition from February to January was a masterstroke. 

The RLIR is now sandwiched between the Phuket King’s Cup and the Singapore Straits Regatta, allowing more yachts to stop and compete in Langkawi while heading south from Phuket to Singapore. 

Due to the rescheduling, this year’s competition in the blue riband Racing and IRC classes managed to attract some of the top competitors in the region. 

The decisions to introduce an under-25 sports boat youth category and host races close to the Kuah Jetty to get the public interested in the competition were also plus points for the RLIR. 

Sydney-based Quantum Racing skipper Ray Roberts believes that the RLIR is catching up with the popularity of the King’s Cup as the best-organised and most competitive regatta in South-East Asia. 

Prime Minister’s Challenge Trophy: Quantum Racing (Aus) 

Royal Langkawi Yacht Club Commodore’s Challenge Cup: Sofa So Good (Bri) 

LADA-IRC Class Challenge Trophy: Phoenix (Jpn) 

Langkawi Sports Class Trophy: Raimond Land (Aus) 

Malaysia Multihull Challenge Cup: Motor Inzi (Bri) 

Merumus Pencapaian di Regatta Langkawi 2008

Turut dilaporkan seperti di Harian Metro Online:

Pelayaran tagih jurulatih asing

Oleh BAZLY AZMI
bazly@hmetro.com.my

KEBERKESANAN penganjuran Regatta Diraja Antarabangsa Langkawi (RLIR) 2008 menghadirkan sinar kejayaan terhadap program pembangunan perahu layar Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) yang dimulakan sejak 2004.Program perintis berbekalkan 28 pelayar di bawah Projek Elit Gemilang 2010 berpangkalan di Port Dickson, Negeri Sembilan itu mula menuai hasil berbekalkan kejayaan meraih dua pingat emas, satu perak dan empat gangsa pada Sukan Sea Korat, Disember lalu.

Pengurus skuad pelayaran Sukan Sea Korat, Leftenan Komander Malik Sulaiman (gambar) berkata, edisi keenam RLIR membuka lembaran baru terhadap arena perahu layar negara ini apabila penganjur bersama, MYA-KFC bersetuju menganjurkan kejohanan di setiap negeri bermula Februari ini.

“MYA amat berbesar hati dengan pembabitan syarikat swasta untuk bekerjasama dalam program pembangunan sukan pelayaran negara ini.

“Saya yakin jika usaha ini berterusan, Malaysia bakal memiliki skuad pelapis mantap menjelang kejohanan utama dunia.

“Malah, kami amat berharap Malaysia bakal melahirkan pengganti Kevin Lim yang pernah beraksi di dua temasya Sukan Olimpik (Sydney dan Athens), demi meneruskan kesinambungan cabaran negara dalam acara ini,” katanya.

Mengulas kekurangan pembabitan skuad penuh negara pada RLIR bersandarkan enam penyertaan berbanding 36 pasukan dalam lapan kategori, Malik menambah, faktor itu berpunca promosi dan penyebaran maklumat yang kurang meluas.

“RLIR terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat menyertainya malah banyak bot luar negara membuka peluang kepada kru tempatan beraksi bersama mereka pada kejohanan ini.

“Ramai yang tidak sedar mengenai peluang ini, sekali gus menyekat minat mereka untuk beraksi pada RLIR. Mungkin promosi perlu dipertingkatkan termasuk melalui internet pada edisi berikutnya supaya kita dapat saksikan pertambahan wakil Malaysia,” katanya.

Malik menyifatkan arena pelayaran di Malaysia kini terbahagi kepada tiga tahap berdasarkan program pembangunan kendalian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Selain program elit yang menjalani latihan di Pusat Pelayaran Antarabangsa Port Dickson dan Langkawi, KBS turut mewujudkan skuad pelapis iaitu pelayar yang bernaung di bawah persatuan negeri.

“Malah, program pembangunan iaitu pencarian bakat baru melalui kejohanan negeri menyaksikan negara tidak kekurangan pelayar muda untuk menggantikan mereka yang meninggalkan arena ini.

“KBS juga sudah membeli beberapa buah bot untuk tujuan latihan dan pendedahan kepada pelapis di Pelabuhan Klang.

“Malah, TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) bersetuju melatih mana-mana individu berdaftar dengan program KBS yang berminat mendalami ilmu pelayaran,” katanya.

Justeru, Malik berharap, KBS mempertimbangkan hasrat melantik kepakaran luar untuk ilmu pelayaran sebenar terutamanya dalam kategori tinggi seperti Racing, IRC dan Sports Boat.

Tambahnya: “Tiada jurulatih di Malaysia yang benar-benar pakar mengenai pelayaran termasuk perlumbaan ‘Fleet’ dan ‘Match’. Contohnya di RLIR dan Regatta Raja Muda Selangor kerana formatnya berlainan.

“Jadi, kita perlukan jurulatih asing untuk mendedahkan ilmu pengendalian terhadap pelapis kerana negara luar lebih pakar mengenai sukan ini.

“Bukan kita tidak memiliki jurulatih berkaliber tapi tahapnya masih belum mencukupi untuk melahirkan pelapis bertaraf bintang.

“Kita juga sedang menuju ke arah itu melalui Skim Kejurulatihan Kebangsaan, jadi saya harap situasi terbabit sedikit sebanyak dapat membantu.”

Pelayar yang mula mewakili negara pada Sukan Sea 1995 itu kini mengharapkan lebih banyak pihak terutamanya badan bukan kerajaan berganding bahu melahirkan pelayar pelapis pada masa depan.

“Pembelian bot supaya menjadi platform terbaik kepada golongan muda negara untuk mendekati sukan pelayaran.

“Malah, kami di MYA dan TLDM sedia membantu dalam aspek latihan dan teknikal.

“Mungkin langkah itu membantu menambah bilangan wakil negara yang beraksi pada RLIR edisi depan terutamanya Racing kerana sasaran MYA adalah menambah dua lagi penyertaan berbanding dua yang sedia ada.

“Selain itu, saya amat berharap Malaysia mempunyai wakil ke Olimpik menjelang kempen kelayakan terakhir di New Zealand, Februari depan. Peluangnya tetap ada sekalipun agak tipis,” akhirinya.

Mengulas Hari Penutup Regatta Langkawi 2008

Seperti dilaporkan di Berita Harian, 12 January 2008:

Jangan pandang rendah Janda Baik, Zuhal

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

PENCAPAIAN dua wakil negara dalam kelas Racing, Navy Janda Baik dan Zuhal yang sekadar meraih tempat keenam dan ketujuh daripada sembilan pasukan di Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) membuktikan peserta negara masih jauh di belakang pasukan terbaik yang bertanding pada edisi kali ini.

Bagi kapten Zuhal, Lt Komander Malik Sulaiman, kepincangan ketara wujud pada pasukan kapal layar tempatan ialah kekurangan pendedahan beraksi di kejohanan regata antarabangsa.

“Kami perlu beraksi dalam lebih banyak regata di masa depan, kini kami hanya beraksi di RLIR dan juga Regata Raja Muda yang diadakan November lalu. Ia jelas tidak mencukupi, berbanding pasukan lain yang beraksi dalam 20 regata setahun.

“Kami juga kekurangan dana untuk membiayai penyertaan di kejohanan luar negara dan juga untuk meningkatkan lagi keupayaan bot kami berbanding pencabar lain.

“Saya berpuas hati dengan komitmen pasukan saya, yang berusaha sebaik mungkin, tetapi tiupan angin di beberapa hari terakhir juga tidak menyebelahi kami. Saya berharap di masa depan, lebih banyak syarikat korporat tempatan tampil memberi sokongan kepada pasukan tempatan di RLIR,” kata Malik.

Navy Janda Baik menamatkan saingan perlumbaan kelapan di tempat ketujuh, dengan catatan dua jam 24.23s untuk menduduki tempat keenam keseluruhan dengan pungutan 46 mata penalti.

Zuhal pula mengakhiri saingan kelmarin di tempat kelapan dengan catatan 2:25.27s untuk menduduki tempat ketujuh keseluruhan dengan hanya 48 mata.

Kapten Quantum Racing, Ray Roberts yang mengemudi pasukan muncul juara buat kali ketiga berturut-turut beranggapan bahawa pasukan tempatan seperti Zuhal dan Navy Janda Baik mempunyai potensi namun, mereka harus kekal dalam satu pasukan buat masa yang lama kerana pasukannya sendiri juga berlayar bersama selama lapan tahun.

“Mereka mempunyai potensi untuk meningkat, tetapi jika mahu menjadi pencabar utama, mereka harus dikekalkan dalam satu pasukan buat tempoh yang lama dan beraksi di seberapa banyak kejohanan yang boleh.

“Hanya dengan cara itu mereka boleh meningkatkan lagi keupayaan mereka sebagai satu pasukan yang mantap. Dengan beraksi sebagai satu pasukan untuk tempoh lama, ia mampu memberi pengalaman kepada satu-satu pasukan itu untuk bangkit daripada kesilapan mereka dalam perlumbaan.

“Setiap pasukan pasti melakukan kesilapan dalam perlumbaan regata, begitu juga dengan kami, tetapi kelebihan pengalaman kami membolehkan kami bangkit,” kata Roberts.

Sementara itu pasukan MYA-KFC pimpinan Rizal Mahadi, berjaya mengakhiri saingan kelas Sports Boat bawah 25 tahun di tempat kedua dengan 16 mata, MYA-KFC menamatkan saingan hari terakhir di tempat keempat dengan catatan, 1:25.06s.

Pasukan pimpinan Vincent Chan, Mata Hari berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dalam acara IRC dengan 15 mata, dan kedua dalam kelas IRC Premier Cruser dengan 11 mata.

RLIR 2008 – After Day 4

The following news as it appears in Berita Harian, 11 January 2008:

Quantum Racing terus kukuhkan cengkaman

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

JUARA bertahan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR), Quantum Racing memastikan kejuaraan kelas Racing bagi edisi keenam ini menjadi milik selepas memenangi perlumbaan ketujuh, semalam.
Quantum Racing (kanan) bersaing ketika mengambil selekoh pada hari keempat RLIR, di Langkawi, semalam.Pasukan pimpinan Ray Roberts itu mencatat satu jam 18.02 minit untuk memenangi perlumbaan ketujuh, dan berjaya memastikan kemenangan walaupun hanya mendapat tempat kedua pada perlumbaan keenam dengan catatan 1:34.36s.Pasukan dari Australia itu kini berada di tangga teratas kedudukan keseluruhan dengan himpunan 9 mata penalti dan andai mendapat tempat kesembilan pada perlumbaan hari ini sekali pun, ia tidak akan menggugat kedudukan mereka selaku pasukan di tangga teratas.Pencabar terdekat Quantum Racing, Jelik dari Hong Kong hanya mampu berada di tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 13 mata selepas mencatat 1:37.30s dan 1:22.42s pada perlumbaan keenam dan ketujuh, semalam.

Sementara itu, dua wakil negara, Navy Janda Baik dan Zuhal hanya menduduki tempat keenam dan ketujuh dengan 40 dan 41 mata selepas saingan hari keempat semalam.

Navy Janda Baik berjaya mencatat 1:38.43s dan 1:29.37 pada perlumbaan keenam dan ketujuh, sementara Zuhal pula hanya mampu mencatat 1:45.10s dan 1:30.59.

Bagi kapten Zuhal, Lt Komander Malik Sulaiman, pasukannya berdepan dengan kesukaran melalui laluan pendek seluas satu batu nautika, kerana saiz bot mereka yang besar.

“Perlumbaan hari ini (semalam) memang amat taktikal, laluan amat sempit dan kami terpaksa melakukan beberapa perubahan taktikal. Kedua-dua perlumbaan kami hari ini tidak begitu baik.

“Tiupan angin hanya sekitar 3-7 knot, dan ia sememangnya sukar bagi kami yang menggunakan bot besar. Apapun, kami akan berusaha mengakhiri saingan esok (hari ini) dengan catatan lebih baik dan sudah pasti kami mengharapkan tiupan angin yang lebih baik,” kata Malik.

Dalam kategori kelas IRC, satu lagi wakil negara, Matahari mengakhiri saingan perlumbaan keenam dan ketujuh semalam dengan 12 mata dan kini berada di tangga kedua, mengekori rapat pendahulu, Phoenix dengan 11 mata.

Pasukan pimpinan Vincent Chan itu mencatat 1:04.01s dan 54.23s pada perlumbaan keenam dan ketujuh semalam.

KEPUTUSAN(Kedudukan keseluruhan selepas hari keempat)Kelas Racing1 Quantum Racing (Australia)

9 mata penalti

2 Jelik (Hong Kong) 13

3 Hi-Fi (Hong Kong) 19

4 Full Metal Jacket (New Zealand) 19

5 Yo!2 (Australia) 23

Kelas IRC

1 Phoneix (Jepun) 11

2 Mata Hari (Malaysia) 12

3 LunchCutter II (Singapura) 12

4 Baby Tonga (Malaysia) 23

5 Tag (Malaysia) 32

Berita Harian Continues Reporting for 3rd Day of Regatta

The following news printed on Berita Harian Online, 10 January 2008:

Jelik, Quantum satu lawan satu

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Rebut trofi Perdana Menteri di Regata LangkawiPEREBUTAN kejuaraan trofi Perdana Menteri di Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) kini sah menjadi saingan satu lawan satu antara pasukan Jelik dari Hong Kong dan pasukan dari Australia, Quantum Racing selepas Jelik memenangi perlumbaan kelima semalam.

Saingan hari ketiga semalam sedikit terganggu apabila hanya satu pusingan iaitu perlumbaan kelima diadakan, berikutan kurangnya angin pada sebelah petang sehingga memaksa Pengarah Kejohanan, Mark Pryke mengambil keputusan membatalkan perlumbaan keenam.

Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada Jelik untuk mengungguli saingan perlumbaan kelima, dengan catatan 2 jam 55.38s, sekali gus membolehkan pasukan pimpinan Frank Pong itu memungut 9 mata keseluruhan untuk berada di tangga teratas keseluruhan setakat ini.

Quantum Racing juga memungut pungutan mata yang sama dengan Jelik, namun wakil dari Hong Kong itu berada pada tempat teratas selepas memenangi perlumbaan terakhir semalam.

Bagi Frank, dia berharap tiupan angin yang lebih baik hari ini kerana ia kemungkinan dapat menentukan kejuaraan, dan mengakui ia semakin nyata saingan gelaran adalah antara pasukannya dan Quantum Racing.

“Sesiapa yang menang esok (hari ini) akan memenangi Trofi Perdana Menteri, jadi saya amat berharap keadaan angin yang lebih baik esok (hari ini). Kami bernasib baik sebenarnya untuk memenangi perlumbaan kelima kerana tiupan angin yang kuat pada permulaan perlumbaan.

“Memang saingan antara kami dan Quantum Racing amat sengit, ia sama seperti tahun lalu. Tetapi kami akan menggandakan usaha kami esok (hari ini), bagi memastikan kami mampu bergelar juara,” kata Frank.

Sementara itu, dua wakil negara, Zuhal dan Navy Janda Baik hanya mampu mengekalkan kedudukan keenam dan ketujuh, selepas perlumbaan kelima semalam dengan catatan masa 3:12.57s dan 3:18.29s.

Bagi kapten Zuhal, Lt Komander Malik Sulaiman, krew pasukannya sudah melakukan usaha terbaik tetapi terpaksa akur sasaran menduduki tiga tempat teratas sudah jauh dari jangkauan mereka.

“Bagi saya, untuk pasukan ini mencapai kejayaan mungkin kami memerlukan tenaga jurulatih asing bagi membantu peningkatan kami. Mungkin sasaran tiga tempat teratas sukar dicapai kini, tetapi saya yakin kami masih berkemampuan untuk menduduki tempat kelima.

“Segala-galanya bergantung kepada tiupan angin esok (hari ini), jika ia sekitar 8 hingga 15 knot, ia sesuai untuk bot kami yang besar ini,” kata Malik.

The First Coverage of RLIR By Utusan

This news printed on Utusan Malaysia Online highlighted the Malik's commentaries for 4th – 5th Day of RLIR 2008 on 10 January 2008.

Jelik rampas kedudukan

LANGKAWI – Kapal layar Jelik dari Hong Kong kembali mendahului perlumbaan pada hari ketiga Kejohanan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2008 yang berlangsung di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) di sini, semalam.

Pengemudinya, Frank Pong berkata, keadaan angin yang sederhana sekali lagi membantu pasukannya mendahului pelumba lain.

Kapal layar dari Hong Kong itu kembali merampas kedudukan daripada kapal layar Quantum Racing dari Australia yang dikemudi Ray Roberts dengan catatan masa 2 jam 55 minit 38 saat.

Kapal layar Quantum Racing dari Australia yang merupakan juara bertahan RLIR 2006 bagi kategori Racing pula menamatkan pelumbaan dalam masa 3 jam 5 minit 43 saat.

Kapal layar Zuhal, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menduduki tempat keenam pada hari kedua pelumbaan kekal dengan kedudukan yang sama pada perlumbaan hari ini dengan catatan masa 3 jam 12 minit 57 saat.

‘‘Kini hasrat kami untuk berada di tangga ketiga terpaksa dilupakan, namun demikian ia tidak melunturkan semangat kami untuk terus bersaing di kejohanan ini,’’ kata Jurumudi Kapal Layar Zuhal, Lt. Komander Malik Sulaiman.

Sementara itu, kapal layar Navy Janda Baik yang dikemudi anak tempatan, Malik Sulaiman terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga ketujuh setelah mencatat masa 3 jam 18 minit 29 saat.

Tiupan angin yang sederhana dalam lingkungan 16 knot membuka peluang kepada semua peserta bersaing sengit pada laluan perlumbaan ini.

Bagaimanapun, keadaan angin yang lemah pada sebelah petang menyebabkan pegawai kejohanan terpaksa mengambil keputusan membatalkan perlumbaan keenam, semalam.

Bagi kategori International Racing Class (IRC) pula, kapal layar Mata Hari yang dikemudi Vincent Chan mendahului kedudukan dengan kepantasan 2 jam 2 minit 4 saat, diikuti kapal layar LunchCutter II dari Singapura yang dikemudi Keith Dunn (2 jam 4 minit 35 saat).

– Bernama

Hello Reader

RLIR 2008 Race Result


The Royal Langkawi International Regatta 2008 latest race result can be obtained from its official site.

Zuhal is Sustaining the Confidence

The race performance is still reporting about Malik and boat; Zuhal, according to BERNAMA, 08 January 2008:

Quantum Exact Revenge

By Ahmad Muliady

LANGKAWI, Jan 8 (Bernama) — Defending champions Quantum Racing skippered by Ray Roberts exacted revenge on Jelik of Hong Kong on Day Two of the Royal Langkawi International Regatta (RLIR 2008) here today.

Jelik’s skipper Frank Ponk was simply unable to match the far more experienced Australian team who finished today’s races in a total time of 2 hours 27 minutes and 53 seconds.

The Royal Malaysian Navy’s (RMN) Zuhal skippered by Lt Commander Malik Sulaiman were only able to finish in sixth place.

“Although we are in sixth position, the crew and I are still confident we will be able to finish tops when the regatta ends on Friday,” he told reporters here.

At stake is the Prime Minister’s Challenge Trophy.

Another RMN yacht, Janda Baik, had to be satisfied with seventh position.

Windspeeds of between 10 and 15 knots gave all the eight teams taking part in this category – racing – equal chance for glory.

In the International Racing Class (IRC), Phoenix skippered by Neils Degenkolw raced to the lead after clocking overall 2 hours 16 minutes and 10 seconds ahead of LunchCutter with Kieth Dunn at the helm.

Raimon Land captained by Scott Duncanson is leading in the Super Boat category with Longtze-Premier hot on their heels.

– BERNAMA

Zuhal and the Skipper's Commentaries

Malik's concerned in the race performance is also reported in Berita Harian, 09 January 2008:

Quantum tebus kegagalan awal

KEGAGALAN juara bertahan, Quantum Racing menguasai perlumbaan hari pertama, Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2008 kelmarin, berjaya ditebus pasukan Australia itu, semalam apabila mendahului kelas Racing dengan catatan dua jam 27.15 minit pada perlumbaan ketiga dan 2:27.53s pada perlumbaan keempat untuk muncul pendahulu dengan kutipan enam mata.Pasukan Jelik yang cemerlang pada hari pertama hanya mampu menduduki tempat kedua selepas perlumbaan keempat semalam, pasukan pimpinan kapten kapal, Frank Pong itu mencatat 2:29.44s pada perlumbaan ketiga dan 2:29.50s pada perlumbaan keempat dengan mengutip lapan mata, diikuti Full Metal Jacket dengan 13 mata.

Dua wakil negara dalam kelas Racing, Zuhal dan Navy Janda Baik pula hanya mampu menduduki tempat keenam dan ketujuh keseluruhan dengan himpunan 27 dan 29 mata. Zuhal mencatat 2:34.48s pada perlumbaan ketiga dan 2:43.41s pada perlumbaan keempat, Navy Janda Baik pula mencatat 2:36.30s pada perlumbaan ketiga dan 2:42.23 pada perlumbaan berikut.

Bagi kapten Zuhal, Lt Komander Malik Sulaiman, pasukannya melakukan sedikit kesilapan pada permulaan perlumbaan keempat, semalam selain daripada terpaksa melakukan penalti, iaitu melakukan satu pusingan yang menyebabkan pasukannya ketinggalan setengah batu.

“Jika pada hari pertama kami berjaya menguasai pasukan yang dekat dengan kami, hari ini (semalam) mereka yang menguasai kami. Hi Fi hampir melanggar kami dan terpaksa mengambil keputusan melakukan penalti.

“Keadaan angin juga sukar diramal hari ini (semalam), hanya sekitar 12 dan 13 knot. Kami menghadapi sedikit masalah pada perlumbaan ketiga, dan hanya pada perlumbaan keempat kami berjaya menampilkan aksi yang lebih baik,” kata Malik yang juga pengurus skuad kebangsaan kapal layar di Sukan Sea Korat, bulan lalu.

Sementara itu, kapten Navy Janda Baik, Mohd Khairul Shahril pula beranggapan krew pasukannya mempamerkan usaha lebih baik, semalam berbanding ketika hari pertama, kelmarin apabila menghuni tempat kelapan dan kedua tercorot.

“Mesyuarat pasukan semalam (kelmarin) nyata membantu kami, terutama pada perlumbaan ketiga. Saya yakin kami mampu meningkatkan lagi prestasi kami apabila persaingan berlangsung di laut terbuka esok (hari ini), bagi saya tiupan angin lebih konsisten di laut terbuka berbanding di sekitar Pelabuhan Kuah,” kata Khairul.