Coronation Cup During the Last Monsoon Cup (2010)


I know it has been 2 months since WMRT has concluded its series of racing with the last one, as usual, was held in Kuala Terengganu — the Monsoon Cup 2010.

This is another piece of news the involvement of Cdr Malik in yachting activities. The following news was published in Utusan Malaysia dated 1 December 2010

Pasukan Tuanku Mizan juara Piala Coronation

Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga, kiri) bersama pasukan Yanmar Racing yang dikemudikan oleh Peter Gilmour (dua, kanan) ketika menyertai pertandingan Piala Pertabalan di Pulau Duyong di sini, semalam. – BERNAMA


KUALA TERENGGANU – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menjuarai Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan di Pulau Duyong di sini, semalam sempena penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2010.
Pasukan dikemudi oleh baginda yang dianggotai juara Piala Monsun 2005, Datuk Peter Gilmour mengalahkan tujuh pasukan lain setelah berjaya mengumpul tujuh mata dalam tiga pusingan kejohanan berkenaan.
Turut bertanding dalam kejohanan pembuka tirai Piala Monsun itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pasukan dikemudi Ahmad yang turut dianggotai peserta Piala Monsun, Torvar Mirsky pula memenangi tempat ketiga dengan 10 mata, manakala pasukan diketuai Ahmad Shabery berada ditempat keenam dengan 18 mata.
Juara Piala Coronation ditentukan berdasarkan pengumpulan markah paling sedikit antara lapan pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian tersebut bercadang mengekalkan penganjuran Piala Monsun di Terengganu selepas kontrak penganjurannya tamat pada 2012.
Katanya, kementerian kini mengkaji laporan penilaian Piala Monsun yang setakat ini dikenal pasti sebagai penganjuran, pendedahan dan pulangan pelaburan terbaik.
Beliau berkata, kementerian akan membuat penilaian dan kemudian akan membentangkan kepada Kabinet nanti.
”Setakat ini, kementerian berpuas hati dengan pencapaian dan pendedahan yang dibawa oleh Piala Monsun, selain kerjasama dan sokongan penuh yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dalam penganjuran kejohanan ini.
”Piala Monsun juga telah menerima anugerah sebagai Pengurusan Terbaik 2009 daripada badan pelayaran antarabangsa, World Match Racing Tour (WMRT). Jika kemudahan yang terdapat di Pulau Duyong ini tidak digunakan ia merupakan satu kerugian,” ujarnya.
Beliau memberitahu, pihaknya ada menerima beberapa cadangan untuk diadakan dilokasi lain termasuk Putrajaya dan Langkawi dengan mengambil kira dari sudut bagi menarik lebih banyak tarikan pengunjung.
Ahmad pula berkata, kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan kerjasama dalam memastikan Piala Monsun terus diadakan di Terengganu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: