Pride goes on…


Author wanted to congratulate Malik Sulaiman (the Malaysian Yacht Racer) on his new promotion which brings the title of Commander (Royal Malaysian Navy) on 2nd June 2008.

May this blessings bring more success to life!

Related Article: http://www.navy.mil.my/index.php?option=com_content&task=view&id=335&Itemid=18 

Advertisements

Dedikasi – (Utusan Online 15 Oktober 2005)


polis & tentera

Malik kejutkan 'gergasi' Asia

Oleh: HAMDEN RAMLI

MELIHAT pencapaian beliau dalam sukan regata, tidak siapa boleh menafikan kebolehan serta bakatnya dalam sukan air itu.

Sejak menceburkan diri pada tahun 1989 pelbagai kejayaan telah dilakar, baik di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Ini termasuklah kejayaan memenangi pingat perak Sukan Asia 1998 dalam kategori Supermoth yang pastinya menjadi ingatan Leftenan Komander Malik Sulaiman, 37.

Namun di sebalik segala cerita gembira itu tidak ramai yang tahu bagaimana kejayaan manis itu bermula.

Dan dalam pendakian mengejar kejayaan itu tidak ramai tahu suka duka yang dilalui Malik, termasuk apabila terpaksa melalui pengalaman menaiki bas selama sembilan jam dari Lumut, Perak ke Singapura, semata-mata untuk menyertai kejohanan perahu layar di sana.

Pun begitu, pengorbanan itu ternyata membuahkan hasil kerana daripada penyertaan itu ia telah berjaya membuka mata semua pihak mengenai kebolehannya.

Kebolehan itu terbukti apabila beliau berjaya memberi saingan kepada pencabar utama iaitu Benedict Tan dari Singapura dan Puasa Selamat yang juga merupakan mentornya dalam sukan itu.

Malah lebih membanggakan, dalam keadaan tidak mendapat rehat yang cukup itu, beliau berjaya mengalahkan kedua-dua nama besar dalam sukan perahu layar pada ketika itu dalam beberapa kategori.

Dengan itu sekelip mata nama Malik yang ketika itu baru berusia 19 tahun bermain di bibir peminat sukan perahu layar.

Menurut anak kelahiran Muar, Johor ini, cintanya pada sukan tersebut berputik apabila beliau menyertai Skim Perantis TLDM.

Setiap petang, katanya, apabila kembali daripada kelas beliau akan melihat kelibat orang bermain perahu layar di Kelab Perahu Layar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Minat itu bagaimanapun dipendam sehingga beliau selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Masa terluang yang ada selepas itu dipenuhkan dengan mengambil bahagian dalam sukan air, bukan perahu layar tetapi luncur angin.

Peluang mempelajari sukan perahu layar akhirnya datang semasa beliau mengikuti latihan juruteknik mahir dalam bidang sistem elektrik senjata udara di H.M.S Nirimba, Sydney, Australia selama tiga tahun.

Di sana beliau memilih sukan perahu layar sebagai aktiviti kokurikulum.

Ketika mengikuti aktiviti di Kelab Perahu Layar Tentera Laut Diraja Australia beliau bertemu nama besar yang memenangi pelbagai kejuaraan dalam sukan itu, Puasa Selamat.

Balik dari Australia pada 1989, Malik diserapkan ke cawangan udara TLDM. Dan, masa lapang yang ada digunakan untuk berguru bersama Puasa.

Selepas baru tiga bulan `berguru', beliau terus menyertai Kejohanan Regata Terbuka ATM.

Pada pertandingan pertama itu beliau berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori laser.

Penghujung tahun yang sama beliau diberi peluang bertanding di luar negara pada kejohanan Perahu Layar Enterprise Dunia di Thailand.

Pada pertandingan itu ayah kepada empat cahaya mata itu berjaya memenangi tempat ke-37.

Walaupun cemerlang ia masih belum membuka mata pesaing khususnya `orang lama' dalam sukan itu.

Segalanya berubah pada tahun 1990 apabila beliau menyertai Kejohanan Perahu Layar Terbuka Singapura yang sekali gus mengejutkan 'gergasi' Asia dalam sukan itu.

Sepanjang era 90-an, Malik yang kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik dan Pembangunan Latihan, Markas Pendidikan TLDM telah menyertai pelbagai kejohanan termasuk mewakili negara salam Sukan SEA di Filipina pada 1991, Singapura (1993), Sukan Sea Chiangmai pada 1995.

Di Chiangmai beliau berjaya memenangi gangsa kategori Okdinghi.

Selepas memenangi pingat perak Sukan Asia beliau berehat bagi memberi tumpuan kepada pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mikroelektronik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tamat pengajian beliau ditugaskan sebagai Timbalan Pegawai Kejuruteraan Senjata di KD Jebat, kapal frigat terbaru dan tercanggih milik TLDM.

Pada tahun 2001, Malik yang kini diberi tugas menyelia pembinaan bot layar TLDM beralih ke kategori bot dengan memberi tumpuan kepada kejohanan seperti Regata Antarabangsa Raja Muda dan Regata Diraja Antarabangsa Langkawi (RDAL).

Sejak itu, Malik tidak pernah ketinggalan menyertai kedua-dua kejohanan mewakili TLDM.

Tahun lalu, pasukan TLDM telah berjaya merangkul gelaran Johan Keseluruhan dalam kategori Sport Class pada kejohanan RDAL.

Ditanya faktor yang menyebabkan beliau mampu bertahan selama lebih 15 tahun dalam sukan itu, beliau berkata, semuanya kerana keunikan sukan tersebut.

“Walaupun terpaksa berada di bawah panahan matahari atau hujan, perasaan berada keseorangan di atas bot sukar diperkatakan. Ketenangan yang hadir amat menyentuh jiwa menyebabkan seseorang menghargai kehidupan ini,'' katanya.

Walaupun memiliki banyak kejayaan, Malik masih menyimpan satu impian besar.

Pertama untuk mengemudi pasukan TLDM bertanding dalam perlumbaan bot layar paling berprestij di dunia yang bermula dari Sydney dan berakhir di Hobart, Australia.

“Kedua, memperoleh status IR dalam bidang kejuruteraan,'' katanya mengakhiri perbualan.